Labels

Sunday 24 March 2013

American Idol elimination

AI tahun ni rasanya semua yg mengikutinya tahu..ia seolah-olah di monopoli oleh peserta wanita..Dalam saringan top 10 kita dapat saksikan 2 peserta lelaki tersingkir keluar. Mula2 Curtis Finch Jr. yang sedikit mengejutkan juri2 AI, namu begitu mereka tidak mengunakan kuasa Veto mereka utk mengekalkan dia utk peringkat seterusnya...


Aku rasa ok je bila dia terkeluar sebab bagi aku penyanyi yg selalu menyanyikan irama2 gospel dengan lengok suaranya yg 'fancy' ni sedikit membosankan...kalau nak dibandingkan dengan peserta AI sebelumya iaitu Joshua Ledet persembahan Curtis ni taklah seberapa...

Joshua Ledet AI2012


Apa yang pasti pengundi muda America tak berapa nak menyanjungi  penyanyi sebegini sebab si Joshua pun tak berjaya meneruskan saingan hingga peringkat akhir yang semua maklum dimenangi oleh Philip Philips.

Minggu seterusnya kita saksikan pulak Paul Jolly terkeluar dari saingan AI...bagi aku Paul juga dalam senarai  memang patut terkeluar sebab perfomance dia seakan syok sendiri dan gagal menonjolkan dirinya sebenar. Tapi sebenarnya aku lebih suka si Lazaro yg disingkirkan...tapi mungkin sebab undi simpati dari audience memihak banyak kepadanya...Lazaro masih kekal dalam saingan.

Paul Jolly

Peserta lelaki favorite aku iaitu Devin Velez masih berjaya mengekalkan dirinya di dm kelompok 8 terbaik walaupun dah 2 minggu berturut-turut dia berada di kedudukan 3 tercorot...ishh rasaanya aku masih terkesan dengan nyayiannya semasa dia membawakan lagu -garapan Armando Manzanero iaitu 'Somos Novios'...


Bagi aku lah...versi Devin antara yg terbaik pernah aku dengar...sebab aku memang tak minat versi Andrea Borcelli walupun dia antara penyanyi yg pernah mempopularkan lagu ni...